Gambar

Thursday, February 24, 2011

AL-ISLAMU YA'LU WALA YU'LA 'ALAIH

Di mana bumi dipijak
Di situ Islam dijunjung

Mendaki ke puncak lebih sukar daripada menuruni
Mendaki memerlukan tenaga yang lebih
Menuruni hanya dengan sedikit tenaga
Manakala jatuh tiada tenaga diperlukan

Begitu juga untuk bangkit
Manusia memerlukan kekuatan berganda
Untuk kembali bangkit daripada kejatuhan
Tenaga dari pelbagai sumber diperlukan
Mungkin juga daripada teman seperjuangan

Begitu sukar untuk bangkit
Namun ia senang jika ditemani
Begitu payah untuk ke puncak
Namun dengan pertolonganNYA
Tiada yang mustahil

Hakikatnya Islam akan bangkit
Dengan kudrat manusia yang membawa
Yang bergantung kepada DIA yang mencipta

Akhirnya Islam kan bangkit jua
Dari lembah yang kering
ke puncak yang dingin
Sehingga IA Yang Tertinggi
Al-Islamu Ya'lu Wala Yu'la 'alaih

Wednesday, February 23, 2011

"Terkini, Hampir 1000 Orang Terbunuh"Krisis Libya, Kejam Dan Hebat Gaddafi,Yahudi rupanya

"Terkini, Hampir 1000 Orang Terbunuh Di Libya.Presiden Libya Mohammad Gaddafi akan berjuang sehingga titisan darah terakhir dan sanggup mati ditanah airnya sendiri. Gaddafi Hebat dan pejuang yang berani.

Gaddafi mengunakan kuasa sebgai ketua negara dan ketua pemerintah tentera sebagai kolonel.

Beliau menggunakan tentera untuk melemahkan "pemberontak" yang mengadakan unjukrasa dan memusnahkan harta kerajaan dan bangunan awam.

Ucapan Gaddafi di television milik negara Libya, penunjuk perasaan yang berlaku di Bangrahzi bandar kedua terbesar adalah disokong oleh negara asing yang mahu menjatuhkan Gaddafi.

Gaddafi menggunakan tentera memusnahkan lampangan gas dan minyak tujuan untuk melumpuhkan para unjukrasa.

Gaddafi menuduh golongan kumpulan gerakan Islam yang bekerjasama dalam pemberontakan atau unjukrasa di bandar Bangrahzi dan Tripoli.

Semasa berucap di tv milik kerajaan akan menggunakan tentera untuk menghapuskan pemberontakan serta menangkap perusuh yang menentang kerajaan.

Gaddafi berkata beliau akan mati dan mati syahid di bumi Libya. Mungkin Gaddafi bertindak sedemikian ruap kerana beliau kecewa sebahagian rakyat Libya dan sebahagian kecil tentera dan polis berpaling tadah dan bersama rakyat yang dikatakan pemberontak oleh Gaddafi.

Apa yang berlaku di Libya boleh dirumuskan dalam ucapan Gaddafi ialah berpunca dari kumpulan gerakan Islam yang mahu jadikan negara Libyat sebuah negara Islam. Gaddafi menuduh puak Islam sebagai Islam Extrim.

Kedua, Gaddafi menuduh apa yang terjadi sekarang di Libya sebagai ansir pemberontak dan didalangi oleh negara asing.

Mungkin cara Gaddafi boleh dinamakan Hilter zaman modern, membunuh bangsanya sendiri yang berugama Islam.

Jelas Gaddafi bertindak bagaikan seekor "Gajah naik minyak". Jika Gaddafi terbunuh atau lari keluar negara mungkin berlaku perang suadara di Libya.

Maka berlaku campurtangan kuasa besar dunia seperti Amerika dan sekutunya. *****uh apa yang berlaku di Aghfanitan dan Iraq. Rakya akan menderita dan sengasara berlaku pertempuran dan bunuh membunuh, sperti apa yang berlaku di iraq dan Aghfnitan.

Yang mendapat keutungan ialah Amerika, Perancis, England, Semua negara ini akan menguasai sektor minyak dan gas. Libya mempunyai lampangan gas yang terbesar di bunua Afrika. Libya mengeluar minyak sebanyak 1.5 millon barell satu hari.

Jika Gaddafi tumbang maka jatuhnya sebuah negara sekular Arab. Dan akan berlaku perang suadara di Libya.

Apa yang berlaku di Libya menguntungkan Amerika dan Israel dan sekutunya.

Jika diambil jangka masa panjang Libya dan Gaddafi perlu disokong. Kesilapan Gaddafi mengunakan tentera membunuh penunjuk perasan. Gaddafi bertindak demikian kerana rakyat memberontak dan memusnahkan harta benda milik kerjaan.

Walaubagaiman pun dunia tidak menyokong tindakkan Gaddafi. Akhirnya Gaddafi lari atau dihalau oleh rakyat Libya atau mati atau dibunuh oleh bangsa Libya sendiri. Hadiah kepada pengkhanat bangsa dan negara.

Wednesday, February 16, 2011

Cantik Hati

ALANGKAH indah apabila wajah yang cantik itu turut diiringi dengan kecantikan hati.Tidak hanya cantik secara fizikal,tetapi cantik secara hati juga.Andai kecantikan itu terserlah lewat keanggunan dan keayuan wajah yang dihiasi dengan seribu keindahan,maka kecantikan hati itu pula akan terserlah lewat bayangan pekerti dan akhlak yang ditampilkan oleh seseorang itu.Segalanya tercantum menjadi satu pada sebuah jasad dan ia benar-benar menyerlahkan keindaham Islam.

Bayangkan bagimana jika kita memiliki teman yang secara fizikal cantik dan menarik tetapi ternyata sangat pendengki.Suka beiri hati dengan urusan orang.Suka menyusahkan orang lain tanpa malu dan bosan.Jauh sekali dari merasa bersalah biarpun ia adalah sikap yang jelek.Dia juga tidak bisa menjaga lisannya daripada bicara yang menyakitkan.Pilihan katanya cenderung menyakiti orang lain.Meski dia sedar,namun dia tetap melakukan itu.

Ana ingatakn diri sendri dan sahabat juga dengan sebuah atsar ulama,Sufyan Ats Tsauri yang sangat masyhur.
Sufyan Atsauri berkata: Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
  1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
  4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
  6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.



Mari kita cuba renungkan kesepuluh hal itu.Salah satunya adalah sudahkah kita mendoakan untuk orang lain.Mendoakan kebaikan untuk mereka,dan semoga Allah SWT mengampuni mereka.


Hati ini harus dijaga agar ia semakin sihat dan bermanfaat.Berilah asuhan gizi hati yang banyak agar hati kita semakin cantik dan bijak memandang hidup.~



Saturday, February 5, 2011

Belajar kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya

Belajar kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya
Muhammad Yusri Amin         



 Artikel ini ana ambil daripada Surat khabar harakah..Jom baca,,ianya berkenaan dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yg didakwa oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz....bagi ana,apa yang dikatakan Oleh Tok Guru Belajar kesan ulama Mesir yang ditutup mulutnya adalah benar dan wajib kita smua ambil Iktibar!!



KOTA BHARU, 5 Feb: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak yang mahu menutup mulutnya (dari terus memperkatakan Islam) supaya mengambil iktibar dari peristiwa ulama yang ditutup mulut mereka oleh pemerintah Mesir.

Beliau yang juga Menteri Besar mahu peristiwa yang berlaku ke atas Presiden Hosni Mubarak diambil ingatan oleh pihak berkenaan.
“Hosni Mubarak lama dah tutup mulut ulama, dan sekarang rakyat pula menutup mulut dia (dalam isu revolusi Mesir yang mahukan Hosni Mubaratk berundur),” katanya pada Kuliah Mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Terdahulu dari itu beliau mengimamkan solat hajat untukkesejahteraan rakyat Malaysia di Mesir. (gambar)
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu, justeru beliau yang juga Menteri Pertahanan mahu supaya dicari jalan bagi ‘menutup mulut’ Nik Aziz.

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS itu pada sidang media di Kampung Redong sempena kempen bagi  Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendakwa pengundi yang tidak menyokong calon PAS sebagai orang jahiliah.

Mengulas dakwaan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris yang mendakwa Nik Aziz telah mengeluarkan banyak kenyataan bercanggah dengan syarak, justeru mahukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS itu, Nik Aziz berkata beliau amat bersetuju kalau ada pihak mahu berdialog dengannya mengenai Islam.

“Saya setuju benar orang berdialog dengan saya.  Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik’.

“Berdebat dan berdialog adalah ajaran agama, bukan hanya ajaran demokrasi.

“Saya bersetuju kalau orang berdialog dengan saya (dan hendaklah) ‘pegang Al-Quran’.

“Untuk majlis dialog itu, orang tengahnya ialah Al-Quran, tetapi kalau berdialog tidak ada panduan, mana boleh,” katanya.

Beliau turut meminta pemimpin negara ini ambil iktibar dari peristiwa revolusi Mesir yang hangat kini.

Beliau menyifatkan rakyat dan pemimpin Negara adalah sama.

“Namun rakyat mudah mendengar nasihat, tetapi yang payahnya pemimpin, ini kerana mereka merasakan mereka itu pemimpin yang cerdik berbanding orang lain.

“Tahu-tahu,  dia kena guling, barulah dia reti,” katanya sinis.

Beliau menegaskan umat Islam mukmin wajib menolak ideology lain termasuk ideologi Melayu atau  nasionalis.

“Kerana apa, kerana Al-Quran adalah lebih dari segala-galanya.

“Di Malaysia sendiri, Allah swt beri kepada orang Melayu agama (Islam), namun ada di kalangan orang Melayu sendiri menolak Islam dan mengambil kebangsaan (sebagai dasar perjuangan partinya).  Ini menyebabkan timbulnya kecelaruan,” dakwanya.....

-Harakah-

Friday, February 4, 2011

Lazatkah Maksiat???


Kehidupan seharian kita tidak akan lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.
Apabila Rasullulah s.a.w menyebut "halawah-al-iman" (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Membaca Al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis.
Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini?
Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taat dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama.
Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya.
Tika itu, masih lazatkah jiwa? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat.
01.Tidak Memberi Cahaya dalam Hidup
Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad.
Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat?
Mungkin ada yang keliru, "Kenapa ada kawan saya ni, Nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga?"
Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini.
Remaja itu mungkin tidak nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat.
Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan dia bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat.
Kalau begitu pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang.
Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana.
Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat? Sah, kena tipu dek syaitan!
Imam al-Syafi' pernah mengadu kepada gurunya Waki' mengenai hafalannya yang terjejas. Waki' lantas menasihatkannya, "Tinggalkan maksiat."
02.Disempitkan Hidup
Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan terasa sempit.
Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya?
Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya?
Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan itu tenang hidupnya?
Tidak! Tidak! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati.
Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat.
Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh  jiwanya apabila ditikam perasaan terasing.
Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan baik mula menjauhkan diri darinya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaiannya dengan maksiat baru pula.
Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya seseorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya."
Jelas ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara.
03.Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan Mukmin adalah pada hatinya. Ia raja kepada anggota badan. Apabila hatinya kuat, maka anggotanya kuat dan tindakannya juga bermanfaat.
Ahli maksiat, biarpun badannya kuat tetapi hatinya lemah dan sentiasa gelisah. Bayangkan kekuatan orang Parsi dan Rumawi yang tamadunnya sangat pesat dan memiliki kekuatan perang yang lengkap namun dapat ditundukkan oleh generasi para sahabat yang lebih kuat hatinya.
Abdulah bin Abbas berkata: ''Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya'' .
Paling menakutkan, ahli maksiat akan dihukum Allah dalam bentuk lemah anggota badannya untuk melaksanakan ketaatan, terputus jalan-jalan kebaikan baginya dan kemudian mati dalam kemaksiatan. Sewaktu dibangkitkan kelak, diri pasti mengeluh kesal.
"Aduhai, sekiranya dulu aku berbuat sesuatu untuk hidupku sekarang ini" (surah al-Fajr 89:24).
Sama-sama kita muhasabah semula diri kita. Lihat sejauh mana kemaksiatan dalam diri yang masih menghalang dari kita untuk mendapat keberkatan dalam diri. Wallahua'lam.

Info Penulis

Artikel dipetik dari Majalah Solusi Isu No. 23 yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha Bt Mohd Noordin. Beliau merupakan kolumnis tetap bagi majalah Solusi di dalam ruangan Remaja.

Thursday, February 3, 2011

Hari kekasih-Laluan Kemungkaran..

Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.
Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.
Tindakan Penyelesaian
Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.
Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.
Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan  tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.
Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang  ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya  dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?
Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?
Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."
Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.
Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.
Peranan Pihak Terlibat
Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.
Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang  hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.
Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.
- Artikel iluvislam.com

Bila Sifat malu tidak berfungsi...Buat Ukhti

Ukhti, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Ukhti, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Ukhti, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Ukhti ku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Ukhti, Ingatlah menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...-Buat Ukhti ku-

REALITI UMAT ISLAM KINI !!

  
 Dewasa kini, kita sering mendengar tentang permasalahan yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam di seluruh dunia sedang menghadapi krisis rohani yang mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan di sisi Allah SWT khususnya, dan di kaca mata masyarakat dunia amnya.
 
Umat Islam telah hilang keperibadian orang-orang yang beriman di mana suatu masa dahulu pernah dimiliki oleh para sahabat dan para salafus soleh yang datang selepas mereka. Kehilangan ini sekaligus melontarkan umat Islam kembali mengamalkan cara hidup yang berlandaskan norma-norma yang sememangnya telah wujud dan dipraktikkan oleh manusia di zaman jahiliyyah.
 
Oleh yang demikian, garis pemisah yang membezakan antara mereka dengan orang-orang kafir telah terhapus lalu kehidupan mereka juga tidak jauh berbeza dengan kehidupan orang-orang kafir. Akibatnya, turunlah azab Allah SWT ke atas mereka, sebagaimana yang sedang dihadapi oleh umat Islam di dunia sekarang ini.
 
 Lihatlah bagaimana nasib yang telah menimpa saudara seIslam kita di seluruh dunia. Mereka hidup dalam keadaan kesengsaraan yang mana mereka telah menerima penindasan yang cukup hebat dari golongan-golongan yang sememangnya benci dan tidak mahu melihat Islam gah di muka bumi ini.
 
Walaupun menerima nasib yang sedemikian, namun rintihan-rintihan suara mereka yang sayu, langsung tidak pernah dihiraukan oleh umat Islam yang lain supaya mereka dapat dibantu untuk menghapuskan kekejaman musuh-musuh Islam ke atas mereka.
 
Malah terdapat juga orang-orang Islam yang telah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam supaya menjatuhkan serta menindas umat Islam yang lain. Pemimpin-pemimpin Islam yang zalim telah dijadikan sebagai boneka mereka untuk melaksana dan meneruskan cita-cita serta impian keemasan mereka selama ini.
 
Ini terjadi akibat tiada lagi kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT serta sensiviti terhadap Islam itu sendiri sehingga sanggup mengabaikan kepentingan Islam semata-mata untuk mencapai dan memenuhi kepentingan diri sendiri.
 
Kita seharusnya mengimbau kembali sejarah perkembangan Islam di zaman Rasulullah SAW
 dan selepasnya agar ia dapat dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Menelaah dan meneroka sejarah adalah adalah salah satu faktor terpenting untuk pembentukan peribadi Muslim sejati serta dapat mengenal dengan lebih jauh lagi tentang keadaan umat islam itu sendiri.
 
Seseorang itu tidak akan dapat merasakan keterikatannya dengan umat melainkan ia telah menyatukan diri dengan sejarah umatnya. Jika pengetahuannya tentang umat sudah cukup baik, maka perasaan dan kesedarannya terhadap Islam akan berkembang. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud : “Barangsiapa yang tidak memerhatikan (memikirkan) masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka”. ( Riwayat Baihaqi dari Anas ).
 
Dalam keghairahan umat Islam ingin memajukan diri dan negara mereka sama ada dalam bidang teknologi atau ekonomi adalah penting untuk menumpukan perhatian yang berat terhadap Islam. Umat Islam hanya akan menjadi mulia sekiranya mereka mengamalkan Islam dalam kehidupan sebagai suatu cara hidup.
 
 Malangnya umat Islam amat jumud pemikiran sehingga definisi Islam telah silap dan disempitkan tafsirannya. Mereka hanya memahami bahawa Islam hanya terhad kepada pengamalan ibadah  seperti solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya.
 Sebenarnya Islam adalah amat luas ruang lingkupnya. Sekiranya sesuatu urusan atau pekerjaan yang dilakukan  dengan landasan hukum-hukum mutlak Allah SWT  maka ia pun dikira sebagai telah mengamalkan Islam.
 
Sebab itulah turunnya bala’ dari Allah SWT terhadap sekalian manusia sebagai suatu peringatan  kerana tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan sehari-harian malah menggantikannya dengan pengamalan yang melanggari batas-batas hakikat perintah Allah SWT terhadap hamba-Nya.
 
 Namun, yang menyedihkannya ada di kalangan umat Islam yang tidak mengaku bahawa kemudaratan yang telah ditimpakan ke atas mereka adalah suatu bala’ dari Allah SWT tetapi menganggap bahawa ia adalah suatu fenomena yang biasa sahaja.
 
Janganlah menganggap bahawa sekiranya mengamalkan Islam sampai bila-bila pun tidak akan maju. Ingatlah bahawa Islam tidak menghalang kemajuan tetapi kemajuan tersebut mestilah berlandaskan dengan hakikat perintah Allah SWT. Segala urusan dan pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Sekiranya kemajuan secara fizikal diimbangi dengan dengan kemajuan rohani di situ akan ada keberkatan dan keredaan dari Allah SWT.
 
Hanya dengan memberatkan kemajuan duniawi tanpa mengiraukan kemajuan rohani dan Islam akan mengakibatkan banyak masalah akan timbul dan muncul. Umpamanya, keruntuhan akhlak umat Islam dan institusi umat Islam yang langsung tidak mempunyai ciri-ciri keIslaman bahkan lebih mirip kepada keyahudian dan kenasrian.
 
Selain daripada itu, keyakinan umat Islam terhadap perintah Allah SWT telah pudar dan sebaliknya mereka telah mempermain-mainkan serta memperlekeh-lekehkan perintah-perintah Allah SWT sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Keyakinan terhadap hikmah daripada perintah Allah SWT tidak lagi bertapak kukuh di hati-hati umat Islam adalah berpunca dari kelemahan iman yang tidak diperbaiki dari sehari ke sehari.
 
Umat Islam perlu diberikan kesedaran tentang Islam dan perbezaan antara ciri-ciri Muslim sejati dengan ciri-ciri Kuffar dari segi amalan-amalan dan iktiqad. Gerakan besar-besaran dan usaha yang bersungguh-sungguh perlu dijalankan ke atas umat Islam supaya mereka didorong dan digesa untuk berusaha memperbaiki keimanan mereka.  Pengamalan baik dan mungkar adalah penentu keadaan kestabilan alam ini. Pilihlah yang terbaik antara keduanya.
 
Suasana yang melingkungi kehidupan orang-orang Islam pada hari ini telah menjadi buruk dan dicemari dengan perbuatan-perbuatan mungkar manusia. Keadaannya menjadi terlalu dahsyat sehinggakan di dalam masjid pun orang-orang Islam masih melakukan kemungkaran seperti bercakap-cakap mengenai hal ehwal keduniaan, mengumpat sehinggakan ada yang bergaduh dalam perubatan untuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.
 
Sekiranya di dalam masjid pun masih wujud kemungkaran, bagaimana rahmat Allah SWT yang diharapkan akan turun ke atas umat ini ? Rahmat Allah SWT inilah satu kurniaan yang amat berharga daripada-Nya di mana tanpa rahmat ini, tentu sekali
kehidupan umat Islam akan hilang kehormatan, keizzahan, kemuliaan dan kesatuan.
 Nu’man bin Bashir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”. ( Riwayat Bukhari dan At-Tirmidzi ).
 
Di dalam hadith di atas jelas menunjukkan bahawa perlu ada suatu golongan yang menyeru ke arah ma’ruf dan mencegah dari sebarang unsur kemungkaran. Kewajipan untuk melaksankannya di kuat lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud : “Hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru ke arah makruf dan mencegah dari sebarang kemungkaran, sesungguhnya mereka itulah golongan yang berjaya”. ( Surah Ali Imran : 104 )
 
Terdapat banyak hadith lain yang menyatakan bahawa apabila sesuatu maksiat dilakukan secara rahsia, maka kesan buruknya secara amnya terbatas kepada orang yang melakukannya. Walaubagaima-napun apabila sesuatu maksiat dilakukan secara terang-terangan dan tidak dicegahi oleh masyarakat sekitarnya maka kesannya akan menimpai semua orang tidak kira yang melakukan maksiat atau tidak.
 
Perkara ini adalah disebabkan fikiran orang-orang yang tidak melakukan maksiat mungkin akan terpengaruh kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain akibat suasana maksiat yang terserlah. Mereka yang tidak benci kepada maksiat pasti tidak akan mencegah maksiat oleh pelaku maksiat.
 Lantaran itu Rasulullah SAW telah bersabda di dalam hadithnya yang bermaksud : “ Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala’ pasti akan turun ke atas mereka iaitu :
.
1. Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan ( khianat terhadap amanah ).
3. Zakat dijadikan hutang ( tidak mengeluarkan zakat ).
4. Suami taat pada isteri ( dayus ).
5. Anak menderhakai ibu bapa.
6. ( Sedangkan ia ) berbaik-baik dengan temannya ).
7. ( Dan ) menjauhkan diri dari ibu bapanya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
10. Arak diminum di mana-mana sahaja tanpa kawalan.
11. Ramai kaum lelaki memakai sutera.
12. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
13. Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
14. Banyak jenis muzik dimainkan.
15. Generasi umat Islam kini menyalah-nyalahkan umat Islam terdahulu ( Para sahabat : sebagaimana yang dilakukan oleh puak syiah yang telah terkeluar dari landasan Islam yang sebenar )”.
 ( Riwayat At-Tirmidzi )

Semoga kita yang dikuriakan begitu banyak nikmat2 Dari-Nya ,sentiasa mensyukuri dan beterima kasih kepada Allah dengan melakukan Perintah larangan-Nya dalam kita menelusuri hidup yang penuh dengan ujianNya...amin...

Wednesday, February 2, 2011

Selamatkan Anak-anak Kami


GHAZALI (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan ibu bapa pelajar di HRPZ II di Kota Bharu semalam.


itulah rintihan dan suara kerisauan terhadap anak masing-masing yang menuntut kat mesir...di sini ana copy daripada Kosmo untuk kita sama2 baca mengenai perkembangan keadaan di sana....

KOTA BHARU – “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.”Demikian rayu lebih 30 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, yang juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.
Kesemua mereka merayu agar kerajaan menghantar wakil dari Kedutaan Malaysia untuk memastikan keadaan anak-anak mereka selamat.

Pakar Pergigian HRPZ II, Datuk Dr. Rosli Abdul Rahman berkata, ketika dia menghubungi anaknya, Mohd. Fathur Rahman, 21, semalam, suara anaknya itu dalam keadaan terketar-ketar kerana dalam ketakutan.

Menurutnya, biar pun anaknya itu cuba meyakinkan dirinya bahawa dia dalam keadaan selamat, namun kebimbangan tetap menyelubungi anaknya yang menuntut dalam bidang perubatan itu.
“Saya tak pernah dengar suaranya terketar-ketar sebelum itu. Saya yakin, bukan sahaja anak saya tapi semua pelajar yang berada di sana juga dalam keadaan ketakutan dan saya minta kerajaan bertindak cepat.

“Dia cakap kali terakhir dapat beli bahan makanan ialah empat ekor ayam Jumaat lalu. Sekarang ini dah berapa hari duduk dalam rumah enam orang, mesti tidak cukup dan macam mana mahu beli kalau ada perintah berkurung dan rusuhan,” katanya.....

Harga Minyak Ron97 Naik Lagi...???????

Fuhhhh.....Sehari selepas pilihanraya DUN Tenang, harga minyak untuk RON 97 naik lagi 1o sen menjadikan harganya sekarang adalah RM 2.50. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Terima kasihlah diucapakan!!!!

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Bagi pengguna minyak petrol RON 97, sedikit sebanyak pertambahan ini amat dirasai berbanding pengguna minyak RON 95. Kos perjalanan akan menjadi meningkat bagi setiap liter yang diisi dan digunakan.

Apa yang kami kesalkan adalah, kita tidak dapat melihat secara jelas, apakah mekanisme yang ditentukan oleh kerajaan dalam membuat keputusan bagi menaikkan harga minya ini.Selain dari pengurangan subsidi dan juga mengikut mekanisme harga minya pasaran dunia, kita tidak dijelaskan dengan terperinci bagaimana penentuan harga minyak ini dilakukan.

Alangkah elok sekiranya kerajaan dapat menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai penentuan harga minyak ini.Ini penting agar rakyat lebih faham tentang mengapa dan apakah faktor yang digunakan.Bila tak faham, sebab itu banyak rakyat yang bising-bising setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri....
Pikir2lah........

 

Let look at this!!!!

Hosni Mubarak masih enggan lepas jawatan walau berjuta rakyatnya sudah turun ke jalan raya. Pelik ada manusia sebegini, tiada rasa malu dan segan, akibat kemabukan memegang jawatan terlalu lama & pembodek kiri-kanan yg sentiasa ampu. Negaranya sudah terhenti, tapi dia masih berdegil. Temuramah dgn Al-Baradie pula jelas menunjukkan kebijakan beliau.

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2011

Mengingatkan masa pelantikan aku dulu..hehe

 

Monday, January 31, 2011

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2011


Tarikh: 23 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Dewan Al Ghazali SMKAM
Perasmian oleh:
Ustaz Rasidi B Yasin
Pen. Pengarah Ketua Unit Pengurusan Dakwah SPI Kelantan

Penyampaian sijil pelantikan kepada pengawas,pengawas Pusat Sumber,
PRS dan Ketua Tingkatan
Persembahan Dikir barat oleh kumpulan Gema Raudhah SMKAM

Perihal Tudung Labuh...

Assalamualaikum...artikel ini ana copy and paste daripada seorang sahabat ana,,,tidak salah kan kita copy and paste..Semuanya bergantung pada Niat kita...Lagipun ianya untuk kita sebarkan dakwah..satu benda yang baik..semoga kita peroleh keredhaaNya... 

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21

Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Tuesday, February 1, 2011

SEGENGGAM TABAH


Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya ....

Semoga kita Semua sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi Ujian2Nya...Sesungguhnya itu adalah Tarbiah yang Allah bagi ke atas kita untuk kita lebih berpegang kepada Tali-Nya..yakni Agama-Nya....^_^

Akrab Persahabatan.....

Kamu Terpilih.. TAHNIAH !

-Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-

**********
“Assalamualaikum, semua..”
“Waalaikumussalam..”
“Apa khabar pemimpin-pemimpin pelajar yang di hadapan cikgu ini ?? Nampak ceria-ceria sahaja hari ini ?? Maaf atas kelewatan cikgu, tidak disengajakan..”

“Alhamdulillah, cikgu. Kami sihat sahaja, cuma sedikit terkejut dengan perjumpaan kita semua hari ini. Tidak pernah-pernah cikgu buat meeting tergempar macam ni, cikgu pun nampak tergesa-gesa, kenapa ya ?? penting ke cikgu ??”
“Ya la cikgu, selalunya dalam dua atau tiga hari awal, pasti cikgu akan inform kami terlebih dahulu, tetapi hari ini, baru dua atau tiga jam yang lepas, cikgu announced mengenai meeting ni..”
“Benar kata Mus’ab, cikgu.. tetapi cikgu janganlah bimbang, itu tidak bermaksud yang kami tidak selesa dengan meeting ni, bukankah kita semua sudah ibarat seperti keluarga, bukankah begitu sahabat-sahabat..??”
“Betul..betul.. jika ada apa-apa masalah, inform saja kami cikgu, kami sedia membantu..”
“SubhanAllah.. gembira hati cikgu mendengarnya.. kamu semua memang baik hati, selayaknya kamu menjadi pemimpin pelajar di sekolah ini..cikgu bangga dengan kamu semua..”
“Eh cikgu, tidak perlu puji-puji kami.. itu memang sudah menjadi tugas kami..”
“Alhamdulillah, gembira cikgu mendengarnya.. em, sebenarnya cikgu tidak mahu mengambil masa kamu, cikgu rasa eloklah jika cikgu straight to the point sahaja..”
“Betul..betul.. tetapi cikgu buat kami suspend lah.. hahaha.. :) Apa perkara pentingnya, cikgu ??”
“Begini, cikgu sebagai Ketua Pelantikan Pelajar di sekolah ini, akhirnya telah membuat keputusan dalam pelantikan Ketua Umum untuk sesi tahun ini. Beliau akan menjadi ketua kepada kamu semua dan pelajar-pelajar yang lain.. Alhamdulillah, cikgu telah tekad untuk memilihnya..”

“Eh siapa pelajar bertuah itu cikgu ?? Pasti dalam kalangan kami juga kan ??”
“Mus’ab ke, cikgu ??
“Umair lah.. betul kan, cikgu ??”
“Pada pandangan saya, Anas lebih layak..”
“Umar bagaimana pula ?? Dia tidak kurang hebatnya..”
“Eh Tholhah rasanya, ya saya yakin, Tholhah !! tidak percaya, tanya cikgu..”
“Em saya menjangkakan Az-Zubair atau Abu Ubaidah Al-Jarrah..”
“SubhanAllah.. Pemimpin pelajar yang cikgu kasihi sekalian, cikgu sudah menjangkakan situasi ini, pasti kamu semua berharap,pasti kamu semua yakin, dalam kalangan kamulah yang bakal memegang tampuk kepimpinan di sekolah ini, bukan ??”

“Eh itu sudah pasti, cikgu.. tetapi kenapa ?? Adakah bukan kami yang bakal menjadi Ketua Umum, iaitu pangkat yang benar-benar kami idamkan itu ?? Bukan kami ke, cikgu ??”
“Maafkan cikgu, Abu Bakar.. Ya, benar.. bukan dalam kalangan kamu..”
“Ha !!!! Bukan kami ?? Tetapi siapa dia cikgu ??”
“Maafkan cikgu sekali lagi.. keputusan cikgu muktamad..”
“Siapakah dia ??? Adakah kami mengenalinya ??”
“Cikgu telah tekad, yang bakal menjadi Ketua Umum untuk tahun ini adalah sahabat sekelas kamu sendiri.. beliau adalah, Salman Al-Farisi..”
“Apa dia cikgu ?? Salman Al-Farisi ????”
“Adakah cikgu bergurau ??”
“Tidak, Muadz.. Cikgu serius..”
“Cikgu, sebelum cikgu umumkan Salman sebagai Ketua Umum di khalayak ramai.. saya ingin memberitahu cikgu sesuatu. Kami semua amat kenal siapa itu Salman Al-Farisi.. Saya juga amat yakin yang cikgu juga kenal siapa pilihan cikgu itu. Beliaulah pelajar yang paling banyak masalah. Suka merosakkan harta benda sekolah, habis semua kerusi, meja, papan kenyataan hancur dibuatnya.. Samseng !! Peraturan sekolah sukar dipatuhinya..”
“Benar kata Bilal itu, cikgu. Bukan itu sahaja, Salman mempunyai banyak rekod jenayah sekolah. Suka bergaduh, bergusti.. sampai berdarah pelajar dibelasahnya.. sampai pengsan pelajar dipukulnya..sungguh teruk dia cikgu.. Apakah orang sebegini yang cikgu mahu memimpin sekolah ?? Memimpin kami ?? Oh tidak, cikgu.. Tidak !!”
“Apakah kami ini tidak cukup layak untuk menjadi Ketua Umum, cikgu ?? Cikgu amat rapat dengan kami. Cikgu kenal siapa kami. Kami sentiasa patuh dengan arahan cikgu, arahan sekolah.. kami sentiasa menjaga keamanan dan kedamaian sekolah ini.. apakah ini masih lagi tidak cukup layak untuk kami dilantik untuk jawatan itu ?? Apakah sebabnya, cikgu ?? Nyatakan kepada kami..”
“Anak-anak murid cikgu sekalian, Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..”
“Apakah sebabnya, cikgu?? Saya berpendapat agar cikgu berfikir semula dengan keputusan cikgu itu..”
“Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu semua tidak ketahui..”
***********

SubhanAllah.. diri ini bukanlah seorang sasterawan terbaik untuk membuat analogy sebegini. Tetapi besar harapanku untuk membawa semua pembaca kepada satu persoalan. Jika kamu adalah Salman Al-Farisi, pelajar yang baru dilantik menjadi Ketua Umum, apakah perasaan kamu ?? Di tambah lagi, kamu mengetahui yang kamu dilantik dengan alasan gurumu, “Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..”
Kamu bukanlah pelajar terbaik, kamu pelajar bermasalah..pelajar yang dianggap penjenayah sekolah.. tetapi tiba-tiba terpilih menjadi pemimpin sekolah.. apa perasaan kamu ??
Sudah pasti perasaan terharu terbit jauh dari pelusuk hati, perasaan berterima kasih muncul jauh di sanubari.. apa tidaknya, seorang ‘banduan’ tiba-tiba diberi harapan..SubhanAllah.. kecil tapak tangan,nyiru ku tadahkan..
Diriku ingin bertanya kamu sekali lagi, apakah sanggup kamu, Salman Al-Farisi, melukai hati guru yang melantikmu dengan alasan, “Sungguh, cikgu mengetahui, apa yang kamu tidak ketahui..” ini ?? Apakah sanggup kamu mengecewakan seorang guru yang amat-amat mempercayaimu ini ?? Apakah sanggup kamu melanggar arahan seorang guru yang sanggup mengetepikan orang terdekatnya, semata-mata keranamu ini ?? Apakah kamu sanggup ??
Sudah tentu tidak, bukan ?? Tetapi jika kamu sanggup melakukannya juga, tidak ada perkataan lain yang layak bagimu melainkan kamu ini adalah KEJAM, TIDAK MENGENANG BUDI, SOMBONG.. apa lagi tohmahan yang layak bagimu ??
Kamu sendiri ada jawapannya..
**********