Muhammad Al Fateh
Di usia remajamu
Kau telah berjaya mengukir sejarah besar
Menakluki Kota Constantinople
Bagi merebut janji Tuhan
Jua membenarkan kata-kata Rasul
Kota Constantine akan ditawan oleh raja rakyat dan tentera yg terbaik
Rupanya di tanganmu tercipta kemenangan setelah sekian lama
Dicuba dari zaman ke zaman
Hari ini kami impikan peribadi bayanganmu
Meniru kekuatan rohmu
Menyalin kebijaksanaanmu
Mengulangi kekentalan jiwamu
Bagi memastikan Islam kembali
Berdaulat dan gemilang
Moga pengulangan sejarah ini akn berlaku di tangan kami
Generasi pelapis Muhammad al Fateh kedua
Inilah azam dan tekad kami
Moga Dikau perkenankanlah
Perkenankanlah wahai Tuhan
Perkenankanlah wahai Tuhan
Muhammad
Al Fateh..Siapa dia? Penyanyi baru ke? Pelakon baru ke? Alhamdulillah, InsyaAllah d'bwh ini sy sertakan artikel ttg siapa dia
Sultan Muhamad Al Fateh (d'cari d'bbrapa smber). Wajarlah
keperibadiannya kita kagumi. Kalau taksub pada artis tidak d'tuduh
haram, tidak salah rasanya kita sangat2 meminati dan mengagumi salah
seorang daripada tokoh Islam yang gemilang ini. D'usia muda sudah
menabur bakti pada agama, bagaimana pula kita? Erm...sy rs malu btul dgn
Allah, d'usia yg m'masuki era 20-an, msh belum ada budi yg d'beri pd
agama sedangkan Tuhan Maha Baik memberi segala-gala bt kita..ampun ya
Allah..mg Engkau perkenankan kami semua menjadi generasi pelapis
Muhammad Al Fateh kedua ya Rahman, Ya Raheem..
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat
Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut.
Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan.
Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman
Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di
dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang
sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan
dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya
sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat
besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir
800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7
Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan
Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya
sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam
hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda
dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki –
Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah
bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut
sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali
dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan
Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19
tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan
seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri
25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit
gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda
menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari
keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan
pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang
kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda
sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng
Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan
pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama
bekerja.
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam,
berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda
sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang
permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama
2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota
Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.
Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu
serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang
strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan
dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh
menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di
tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di
mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan
dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina
oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat
dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan
Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa
bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar
semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota
Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah.
Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian
alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah
segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja
Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota
tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut
hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak
tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya
Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari
dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin
berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding
tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope
di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata
dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi
untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula
semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan
mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran
72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini
adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung
dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik
ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang
terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu
kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal
perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah.
Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan
pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta
mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa
kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan
paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan
tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit
pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan
tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan
selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan
rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang
genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai
tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu
syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada
29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar
namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies
ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan
tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah
Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya
membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada
kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa
yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya
termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali
sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di
antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu...
No comments:
Post a Comment